Thursday, November 28, 2013

Kari Ayam Raub & Kepala Ikan

4.5.2013 --- Pukul 8:30 pagi lagi saya dah terpacak kat rumah Daniel. Dalam pukul 9:00 am, setelah semua bersiap sedia kami mula la bergerak menuju ka destinasi iaitu Raub.Maklum lah besoknya adalah hari mengundi untuk PRU ke 13,dan kebanyakan warga pantai timur sudah mula balik mengundi, maka jumlah kereta agak banyak selepas Plaza Tol Gombak. Keadaan jalan raya lagi bertambah sesak selepas susur keluar ke Bentong.

 Perang poster pilihanraya...

Kalau dalam keadaan biasa, nak sampai ke Raub ni mengambil masa lebih kurang sejam setengah ke dua jam. Tetapi disebabkan jem maka, dalam pukul 12:00 kami sampai di pekan Raub. Jadi perjalanan dari KL ke Raub mengambil masa dalam 3 jam.

Pekan Raub....




Tempat pertama yang kami tuju di pekan raub ni ialah "Restoran Ratha - Kari Ayam & Kari Kepala Ikan Raub". Restoran ni memang terkenal di pekan Raub dan di kalangan penggemar Kari Kepala Ikan dan juga ayam. Tanya jer kat orang Raub kompom tau punya...So memang tak susah nak cari lokasi restoran ni.Maka tak heran lah kalau hari biasa pun restoran ni sentiasa ramai pelanggan, ujung minggu tak payah cakap la.

Restoran Kari Ayam &Kari Kepala Ikan Raub




Jadi, bila dah sampai kat restoran ni, hidangan utama yang dipesan sudah semestinya kari kepala ikan + kari ayam



 My best friend...Daniel + Jo

Menu kitorang..kari kepala ikan + kari ayam + ayam goreng + ikan tenggiri goreng + minuman ..total charges lebih kurang RM120++ ...pada saya harga yang dikenakan adalah agak ok la untuk 3 0rang + memang sodappp, kira berbaloi juga la datang jauh2...

 Siap ada jual dia punya chicken curry paste, untuk sesiapa yang nak try masak kat rumah...

 Sekitar Pekan Raub...








Kacang Goreng Sempalit.....

Selesai sudah makan & pusing2 sekitar pekan Raub, kitorang pun bergerak ke destinasi ke-2 iaitu ke kilang kacang goreng sempalit... Kalau di Perak terkenal dengan kacang mengelembu, di Raub, Pahang pula terkenal dengan kacang sempalit. Kilang nya tak lah besar, terletak betul2 tepi jalan menghala ke Kuala Lipis.





Setelah destinasi kedua di Raub, kami patah balik ke Bentong...dalam perjalanan balik ke Bentong sempat lagi singgah di gerai Buah-buahan untuk merasa keenakan buah nangka emas...memang lemak manis..mesti cuba..



Destinasi yang dituju di Bentong ialah"Kow Po Ice Cream". Nak cari lokasi kedai ni senang je..iaitu betul2 menghadap ke Hentian Bas Bentong...Lebih tepat lagi bersebelahan dengan Hong Leong Bank.





Setelah penat dan kepanasan berjalan sekitar Raub & Bentong, kedai ice cream memang sesuai untuk persinggahan terakhir untuk menghilang dahaga sebelum bertolak balik ke KL. Walaupun rasanya tidaklah sehabat Baskin Robin dan Haagen Daazs...tetapi bagi sesiapa yang berkunjung ke ke Bentong, mencuba ice cream ni adalah suatu kemestian...daripada 5..saya boleh bagi 3 ...selamat mencuba...